Skip to content

Seksyen 10

Keanggotaan Majlis

of Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008

ActIn forceProvision 10 of 28
Seksyen 10
(1)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi, yang hendaklah Perdana Menteri;

(b)

Timbalan Perdana Menteri;

(c)

Menteri Besar Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan

Johor;

(d)

dua orang Menteri Persekutuan yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri;

(e)

seorang wakil perkhidmatan awam yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri; dan

(f)

dua orang anggota daripada sektor swasta yang mempunyai pengalaman dan kelayakan yang sesuai yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri.

(2)

Ketua Eksekutif hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

(3)

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Majlis.

(4)

Perdana Menteri, boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama.