Skip to content

Seksyen 26

Perkiraan dengan entiti Kerajaan

of Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008

ActIn forceProvision 26 of 28
Seksyen 26
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), Majlis boleh membuat perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana entiti Kerajaan berkenaan dengan—

(a)

penjalanan oleh Majlis dan entiti Kerajaan itu akan mana-mana fungsi dan kuasa mereka masing-masing;

(b)

penjalanan atau penyediaan oleh Majlis bagi entiti Kerajaan itu, atau oleh entiti Kerajaan itu bagi Majlis, apa-apa kerja atau perkhidmatan; atau 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

(c)

pemungutan oleh Majlis bagi pihak entiti Kerajaan itu apa-apa fi, kos, sumbangan atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki, dicaj atau dikenakan secara sah di sisi undang-undang oleh entiti Kerajaan itu.

(2)

Mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dengan persetujuan Perdana Menteri dalam hal suatu entiti Kerajaan bagi Kerajaan Persekutuan;

(b)

hendaklah dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri

Kelantan, Terengganu, Pahang atau Johor dalam hal suatu entiti Kerajaan bagi Kerajaan Negeri yang berkenaan; dan

(c)

adalah tertakluk pada dan hendaklah selaras dengan undang-undang yang mentadbir kuasa dan fungsi entiti Kerajaan yang berkaitan.