Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian VI · Penyelarasan Antara Entiti Kerajaan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur
28. Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan
Feedback & supportMajlis hendaklah melantik suatu Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap
Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan anggota yang dilantik oleh Perdana
Menteri selepas merundingi Menteri Besar Negeri berkenaan.
Keanggotaan suatu
Jawatankuasa
Pelaksanaan dan
Penyelarasan boleh termasuk seorang individu atau lebih daripada sektor swasta.
Seorang anggota Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor boleh melantik seorang anggota silih ganti bagi menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi pihaknya jika anggota itu, atas apa-apa alasan, tidak boleh hadir dan anggota silih ganti itu hendaklah semasa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Pelaksanaan dan Penyelarasan itu bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan itu.
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan bagi setiap
Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hendaklah bertanggungjawab—
bagi mengenal pasti cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik di dalam Wilayah Ekonomi Pantai
Timur berkenaan dengan Negeri masing-masing;
bagi memantau status semua permohonan berhubung dengan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);
bagi menyelaraskan peranan dan aktiviti semua entiti
Kerajaan yang berkaitan untuk menyegerakan pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 688
bagi menghubungi Majlis atau mana-mana wakilnya tentang status pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);
bagi mengenal pasti apa-apa kesulitan atau isu yang timbul semasa pelaksanaan cadangan pembangunan dan pelaburan utama dan strategik yang dikenal pasti menurut perenggan (a);
bagi mengambil atau mengesyorkan langkah atau tindakan pentadbiran yang sesuai bagi menyelesaikan kesulitan atau isu yang dikenal pasti menurut perenggan (e); dan
bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kewajipan lain yang diarahkan oleh Majlis.
Peruntukan
Jadual
Kedua hendaklah terpakai bagi
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan.
Majlis boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua berhubung dengan
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan.