Skip to content

Seksyen 27

Majlis boleh mendapatkan maklumat daripada entiti Kerajaan

of Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008

ActIn forceProvision 27 of 28
Seksyen 27

Bagi membolehkan Majlis melaksanakan fungsi dan kuasanya dan peranannya sebagai agensi penyelaras utama dengan berkesan,

Majlis boleh mendapatkan daripada—

(a)

mana-mana entiti

Kerajaan, apa-apa bantuan dan apa-apa maklumat yang ada dalam milik entiti Kerajaan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis; dan

(b)

mana-mana entiti Kerajaan, dan badan dan orang lain, sama ada tempatan atau asing, yang terlibat dalam menjalankan atau berhasrat untuk menjalankan pembangunan di dalam Wilayah

Ekonomi Pantai Timur, apa-apa laporan, yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis, berkenaan dengan aktiviti atau aktiviti yang dicadangkan oleh entiti Kerajaan, badan dan orang lain itu.

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 35