Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian IX · Peruntukan Am
54. Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini akan diperbuat
Feedback & supportSegala perbuatan dan benda yang dilakukan bagi pihak Majlis sebagai persediaan bagi atau dalam menjangkakan Akta ini diperbuat dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan benda yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat pelakuan perbuatan atau benda itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Majlis.