Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2024Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Am

49. Kuasa untuk mengambil khidmat profesional

Feedback & support
(1)

Majlis boleh mengambil khidmat, melantik dan membayar ejen, kontraktor dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan, dan menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan.

(2)

Tiada seorang pun layak untuk diambil khidmat menurut subseksyen (1) jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau menerusi mana-mana orang atau pihak ketiga, apa-apa bahagian atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Majlis.

Report