Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian IX · Peruntukan Am
55. Peruntukan kecualian
Feedback & supportPeruntukan Akta ini tidak terpakai bagi atau menyentuh—
berhubung dengan suatu entiti Kerajaan—
mana-mana projek yang dijalankan oleh, atau mana-mana projek yang diluluskan atau diawardkan kepada, mana-mana entiti Kerajaan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 51
melainkan jika ditentukan selainnya oleh Perdana
Menteri, mana-mana projek yang dicadangkan bagi mana-mana entiti
Kerajaan yang berkenaan dengannya kelulusan atau award sedang dinantikan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
berhubung dengan seseorang—
mana-mana projek yang dijalankan oleh, atau mana-mana projek yang diluluskan atau diawardkan kepada, mana-mana orang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
mana-mana projek yang dicadangkan bagi mana-mana orang yang berkenaan dengannya kelulusan atau award sedang dinantikan pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Pelaksanaan atau pelaksanaan yang diteruskan bagi mana-mana projek, atau kelulusan atau award bagi mana-mana projek yang dicadangkan yang sedang dinantikan, kecuali berkenaan dengan mana-mana projek yang dicadangkan yang berhubungan dengannya suatu arahan telah dibuat oleh Perdana Menteri di bawah subperenggan (1)(a)(ii), tidak tersentuh oleh permulaan kuat kuasa
Akta ini dan bagi maksud sedemikian hendaklah diperlakukan seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.