Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian III · Jawatankuasa
10. Ketidaklayakan pelantikan sebagai anggota Jawatankuasa Insurans Pekerjaan atau jawatankuasa
Feedback & supportOrang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai atau menjadi anggota Jawatankuasa, atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9:
(a)
seorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, penipuan, pecah amanah jenayah, penggelapan harta jenayah atau apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan atau keburukan akhlak dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun;
(b)
seorang bankrap; dan
(c)
seorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan fungsinya.