Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian III · Jawatankuasa

9. Penubuhan jawatankuasa

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Lembaga untuk menasihati dan membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya dan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

(2)

Lembaga boleh mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada mana-mana jawatankuasa sedemikian tertakluk pada apa-apa terma dan sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Sistem Insurans Pekerjaan 19

(3)

Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga;

(b)

hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh

Lembaga; dan

(c)

boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(4)

Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)

boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(5)

Anggota jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

(7)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.

(8)

Seorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada

Pengerusi jawatankuasa.

(9)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

(10)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi jawatankuasa.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

(11)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(12)

Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (11)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

Report

Bahagian IV

Pendaftaran dan Caruman

Bahagian V

Faedah

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules