Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian VIII · Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
60. Memulakan prosiding, dsb
Feedback & supportSemua prosiding di hadapan Jemaah Rayuan hendaklah dimulakan di hadapan Jemaah Rayuan yang ditubuhkan bagi kawasan di mana orang berinsurans itu bekerja pada masa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan timbul.
Pengerusi Jemaah Rayuan boleh, apabila permohonan dibuat oleh pihak-pihak kepada Jemaah Rayuan, memindahkan apa-apa perkara yang belum selesai di hadapannya di suatu Negeri atau kawasan kepada mana-mana Jemaah Rayuan lain di Negeri atau kawasan lain dan hendaklah memberikan sebabnya bagi membenarkan atau tidak membenarkan permohonan untuk pemindahan itu.
Jemaah Rayuan yang kepadanya apa-apa perkara atau prosiding dipindahkan di bawah subseksyen (2) hendaklah meneruskan untuk memutuskan perkara atau prosiding itu seolah-olah perkara atau prosiding itu telah dimulakan pada asalnya di hadapan
Jemaah Rayuan itu.