Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian VIII · Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

61. Pemulaan prosiding

Feedback & support
(1)

Prosiding di hadapan Jemaah Rayuan berkenaan dengan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang disebut dalam seksyen 59 hendaklah dimulakan dengan suatu permohonan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa enam puluh hari dari tarikh kausa tindakan itu timbul.

Sistem Insurans Pekerjaan 55

(3)

Bagi maksud subseksyen (2)—

(a)

kausa tindakan berkenaan dengan tuntutan bagi faedah hendaklah disifatkan telah timbul dari tarikh orang berinsurans itu menerima keputusan bertulis daripada

Pertubuhan mengenai tuntutan itu; dan

(b)

kausa tindakan berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh

Pertubuhan untuk mendapatkan balik caruman daripada majikan hendaklah disifatkan telah timbul dari tarikh keterangan mengenai caruman yang kena dibayar yang genap masa untuk diterima oleh Pertubuhan.

Report

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules