Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian IV · Perlindungan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Laut

10. Kesalahan berkenaan dengan melepaskan atau terlepas bahan tertentu

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana minyak, campuran berminyak atau pencemar dilepaskan atau terlepas ke dalam zon ekonomi eksklusif dari mana-mana vesel, sumber yang bertempat atas tanah, pepasangan, alat atau pesawat udara, dari atau melalui udara atau melalui pembuangan—

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

(a)

pemunya atau nakhoda vesel itu, jika dilepaskan atau terlepas dari sesebuah vesel;

(b)

pemunya atau penghuni tempat atas tanah, jika dilepaskan atau terlepas dari tanah;

(c)

pemunya atau orang yang bertanggungjawab mengenai pepasangan atau alat, jika dilepaskan atau terlepas dari pepasangan atau alat; atau

(d)

pemunya atau juruterbang pesawat udara, jika dilepaskan atau terlepas dari pesawat udara, adalah setiapnya melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.

(2)

Jika perbuatan atau peninggalan seseorang selain mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) menyebabkan dilepaskan atau terlepas yang disebut dalam subseksyen itu, maka mana-mana orang lain itu adalah juga melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.

(3)

Subseksyen (2) tidaklah boleh berkuat kuasa sebagai membebaskan atau meringankan orang yang disebut dalam subseksyen (1) daripada liabiliti mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

(4)

Walau apa pun peruntukan seksyen ini, membuang buangan atau bahan lain boleh dijalankan di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang boleh dikenakannya.

Pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen 10

Report

Bahagian V

Penyelidikan Saintifik Laut

Bahagian VI

Pulau Buatan, Pepasangan dan Struktur

Bahagian VII

Kabel Bawah Tanah dan Talian Paip

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Kesalahan, Penalti, Prosiding Undang-Undang dan Pampasan

Bahagian X

Pelbagai