Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian IV · Perlindungan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Laut

15. Section 15

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh menahan mana-mana vesel yang daripadanya minyak, campuran berminyak atau pencemar terlepas atau dilepaskan dalam hal keadaan yang disebutkan dalam subseksyen 14(1).

(2)

Ketua Pengarah boleh melepaskan mana-mana vesel yang ditahan di bawah subseksyen (1) apabila pemunya mendepositkan dengan Kerajaan apa-apa jumlah wang atau memberi sekuriti sebagaimana yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah memadai bagi menampung segala kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kerja yang dikehendaki untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan atau ancaman berlakunya kerosakan disebabkan oleh terlepasnya atau pelepasan tersebut.

(3)

Jika mana-mana vesel yang telah ditahan meneruskan perjalanan ke laut tanpa dilepaskan di bawah subseksyen (2), pemunya atau nakhoda vesel atau mana-mana orang lain yang menyebabkan vesel itu meneruskan perjalanan ke laut adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit.

(4)

Jika pemunya atau nakhoda mana-mana vesel atau mana-mana orang lain yang didapati melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak dapat membayar denda atau kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kerja yang dikehendaki di bawah subseksyen 14(1), mahkamah boleh, atas permohonan Ketua

Pengarah, memerintahkan penjualan vesel tersebut dan pemakaian hasil penjualan untuk membayar denda dan kos dan perbelanjaan yang dikenakan.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 311

Report

Bahagian V

Penyelidikan Saintifik Laut

Bahagian VI

Pulau Buatan, Pepasangan dan Struktur

Bahagian VII

Kabel Bawah Tanah dan Talian Paip

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Kesalahan, Penalti, Prosiding Undang-Undang dan Pampasan

Bahagian X

Pelbagai