Seksyen 13
Langkah-langkah berhubungan dengan bencana laut
of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
Kerajaan boleh menetapkan langkah-langkah berhubungan dengan zon ekonomi eksklusif yang perlu bagi melindungi garis pantai Malaysia atau apa-apa bahagian atau unsur alam sekitar atau kepentingan yang berkaitan, termasuk penangkapan ikan, dari pencemaran atau ancaman pencemaran berikutan daripada bencana laut atau perbuatan yang berhubungan dengan bencana laut itu yang boleh dijangkakan dengan munasabahnya berlaku akibat merbahaya yang besar.
(2)
Langkah-langkah yang disebutkan dalam subseksyen (1)
hendaklah berkadaran dengan kerosakan sebenar atau yang diancam terhadap garis pantai atau bahagian atau unsur alam sekitar atau kepentingan yang berhubungan termasuk penangkapan ikan.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 311
Arahan dan tindakan untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan