Seksyen 14
of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
Seksyen 14
Jika garis pantai Malaysia atau apa-apa bahagian atau unsur alam sekitar atau kepentingan yang berkaitan, termasuk penangkapan ikan dalam zon ekonomi eksklusif dirosakkan atau diancam untuk dirosakkan akibat daripada apa-apa bahan yang dilepaskan atau terlepas yang disebutkan dalam seksyen 10, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan, atau mengambil apa-apa tindakan sebagaimana perlu untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan atau ancaman kerosakan.
(2)
Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(3)
Pemunya dan nakhoda vesel, pemunya dan penghuni tempat atas tanah, pemunya dan orang yang bertanggungjawab mengenai pepasangan atau alat, atau pemunya dan juruterbang pesawat udara, mengikut mana yang berkenaan, dari mana bahan yang disebut dalam seksyen 10 telah dilepaskan atau terlepas adalah bertanggungan bersesama dan berasing bagi segala kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kesemua atau mana-mana kerja yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan atau ancaman berlakunya kerosakan, dan segala kos dan perbelanjaan hendaklah mula-mulanya dipertanggungkan atas mana-mana harta atau kepentingan yang dipegang oleh orang tersebut.
(4)
Jika perbuatan atau peninggalan seseorang selain mana-mana orang disebut dalam subseksyen (3) menyebabkan dilepaskan atau terlepas itu, mana-mana orang lain itu adalah juga bertanggungan bersesama dan berasing dengan orang yang disebut dalam subseksyen itu atas segala kos dan perbelanjaan yang dikenakan dalam menjalankan kesemua atau mana-mana kerja yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) itu untuk memindahkan, menyelerakkan, memusnahkan atau memperbaiki kerosakan atau ancaman berlakunya kerosakan, dan segala kos dan perbelanjaan itu hendaklah mula-mulanya
Zon Ekonomi Eksklusif 19
dipertanggungkan atas mana-mana harta atau kepentingan yang dipegang oleh orang lain itu.