Seksyen 12
Kehendak bagi melepaskan atau dilepaskan bahan tertentu hendaklah dilaporkan
of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
Jika apa-apa minyak, campuran minyak atau pencemar dilepaskan atau terlepas dalam zon ekonomi eksklusif dari mana-mana vesel, sumber yang bertempat atas tanah, pepasangan, alat atau pesawat udara, pemunya atau nakhoda vesel, pemunya atau penghuni tempat atas tanah, pemunya atau oang yang bertanggungjawab mengenai pepasangan atau alat atau pemunya atau juruterbang pesawat udara, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah melaporkan kejadian pelepasan atau terlepasnya itu kepada Ketua
Pengarah dengan serta-merta.
(2)
Mana-mana orang yang gagal untuk mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.