Akta Bahan Letupan 1957 · Updated to 15 Nov 1978 · Bahagian II · Kesalahan, Penalti, Penguatkuasaan dan Prosiding
10. Section 10
Feedback & supportMajistret, pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis, apabila puas hati dengan maklumat atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada alasan baik untuk mempercayai yang sesuatu bahan letupan mungkin akan didapati pada mana-mana orang, boleh dengan waran di bawah tandatangannya memerintahkan mana-mana pegawai polis menangkap dan menggeledah orang itu, atau boleh dengan waran di bawah tandatangannya memerintahkan mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya menangkap orang itu dan membawanya dengan serta-merta ke hadapan seseorang Majistret, pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis, yang hendaklah kemudiannya menyebabkan orang sedemikian itu digeledah di hadapannya dan jika dijumpai apa-apa bahan letupan pada diri orang itu dia hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret supaya dibicarakan menurut undang-undang.