Seksyen 20
Seksyen 20
Apabila di bawah Akta ini seseorang yang disebut dalam sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawahnya diisytiharkan boleh dikenakan apa-apa hukuman, penalti atau lucut hak kerana sesuatu perbuatan yang dilakukan olehnya—
(a)
dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau lucut hak yang sama bagi tiap-tiap perbuatan yang serupa yang dilakukan oleh ejen atau pengkhidmat yang diambil kerja olehnya di dalam atau di sekitar mana-mana premis yang diberi lesen di bawah Akta ini; dan
(b)
tiap-tiap ejen atau pengkhidmat yang diambil kerja olehnya boleh juga dikenakan setiap hukuman, penalti atau lucut hak yang ditetapkan bagi kesalahan-kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah ejen atau pengkhidmat itu ialah orang yang telah disebutkan dalam lesen itu.
(2)
Tiap-tiap orang yang diambil kerja di dalam atau di sekitar mana-mana premis yang diberi lesen di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah diambil kerja sedemikian oleh orang yang disebutkan dalam lesen itu melainkan dan sehingga dibuktikan sebaliknya.