Skip to content

Seksyen 9

of Akta Bahan Letupan 1957

ActIn forceProvision 9 of 28

Seksyen 9

(1)

Majistret, pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis, apabila berpuas hati dengan maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa—

(a)

mana-mana orang yang tinggal dalam had bidangkuasanya—

(i)

ada dalam miliknya sesuatu bahan letupan tanpa suatu lesen bagi maksud itu atau dengan melanggari syarat-syarat atas mana sesuatu lesen bagi maksud itu dikeluarkan; atau

(ii)

ada dalam miliknya sesuatu bahan letupan yang mana dia tidak boleh dibiarkan memilikinya tanpa bahaya kepada keamanan awam; atau

(b)

sesuatu bahan letupan ada di dalam atau di atas mana-mana rumah, premis atau bangunan atau tempat lain atau mana-mana kereta, vesel atau pesawat udara, boleh dengan waran memberi kuasa kepada seseorang yang dinamakan dalamnya atau kepada seseorang pegawai polis dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana perlu pada waktu malam atau siang—

(A)

memasuki atau menaiki dan menggeledah mana-mana rumah, premis atau bangunan-bangunan atau tempat lain atau mana-mana kereta, vesel atau pesawat udara yang dinyatakan dalam waran itu serta menggeledah semua orang yang berada di dalam atau di atasnya;

(B)

mensita dan menahan apa-apa bahan letupan yang dijumpai berikutan dengan penggeledahan itu; dan

(C)

menangkap mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas rumah, premis atau bangunan atau tempat lain atau kereta, vesel atau pesawat udara yang pegawai itu mempunyai alasan-alasan munasabah mensyaki sedang hendak melakukan atau sedang melakukan atau telah melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini.

(2)

Sesiapa jua, apabila sesuatu penggeledahan sedang dijalankan di bawah seksyen ini, ada sesuatu bahan letupan dalam milik atau di bawah jagaannya atau mengetahui di mana sesuatu bahan letupan itu disembunyikan, enggan mengemukakan atau menunjukkan bahan letupan tersebut kepada orang yang membuat penggeledahan itu, atau dengan bersengaja menyembunyikannya apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.