Skip to content

Seksyen 11

of Akta Bahan Letupan 1957

ActIn forceProvision 11 of 28

Seksyen 11

(1)

Majistret, pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melakukan sendiri apa-apa yang dia boleh, di bawah seksyen 9 dan 10, memberi kuasa untuk dilakukan oleh seseorang pegawai polis bila-bila masa Majistret atau pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis itu kompeten mengeluarkan sesuatu waran di bawah seksyen tersebut masing-masing dan juga dalam mana-mana keadaan yang berikut, iaitu—

(a)

jika dia sendiri mengetahui tentang fakta-fakta dan keadaan-keadaan yang memuaskan hatinya bahawa ada alasan-alasan yang cukup bagi sesuatu penggeledahan di bawah seksyen tersebut masing-masing, atau

(b)

jika dia menerima maklumat yang dikehendaki itu secara lisan dan sama ada atas sumpah atau tidak dalam mana-mana keadaan yang pada pendapatnya maksud penggeledahan itu akan terkeciwa oleh kelambatan yang berlaku untuk menurunkan maklumat itu secara bertulis: dengan syarat bahawa dalam hal yang kemudian ini nama dan alamat orang yang memberi maklumat itu diketahui atau dipastikan oleh Majistret atau pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis itu, sebelum dia bertindak atas maklumat tersebut.

(2)

Sesiapa jua dalam memberi maklumat lisan itu membuat suatu pernyataan yang diketahui atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama dua belas bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau kedua-duanya.