Akta Bahan Letupan 1957 · Updated to 15 Nov 1978 · Bahagian II · Kesalahan, Penalti, Penguatkuasaan dan Prosiding
8. Section 8
Feedback & supportSeseorang yang membuat atau dengan disedarinya mempunyai dalam milik atau di bawah kawalannya apa-apa bahan letupan dalam mana-mana keadaan yang menimbulkan syak yang munasabah bahawa dia tidak membuat atau mempunyai dalam milik atau di bawah kawalannya bahan letupan itu untuk suatu tujuan yang sah di sisi undang-undang apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun atau denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya, melainkan dia dapat menunjukkan bahawa dia membuat atau mempunyai dalam milik atau di bawah kawalannya bahan letupan itu untuk suatu tujuan yang sah di sisi undang-undang.