Seksyen 14
Seksyen 14
Mana-mana pegawai kanan polis atau manamana Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh, atas sebabsebab yang hendaklah dicatatkan terlebih dahulu olehnya; memberi kuasa dengan menamakan secara bertulis mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada kopral menghendaki seseorang atau orangorang yang tinggal di mana-mana kawasan dalam bidang kuasanya mengemukakan lesen atau lesen-lesen nya atau lesen atau lesen-lesen mereka dan mengemukakan atau memberi keterangan mengenai bahan-bahan letupan yang diperihalkan di dalamnya.
(2)
Mana-mana orang yang tidak dapat memberi keterangan dengan memuaskan kepada seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh atau di bawah seksyen ini mengenai apa-apa bahan letupan yang diperihalkan dalam sesuatu lesen yang dikeluarkan kepadanya semasa tempoh yang lesen itu berkuatkuasa atau setelah tamat tempoh, penggantungan atau pembatalannya apabila disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak lima ratus ringgit.
(3)
Apa-apa bahan letupan yang dikemukakan kepada atau dijumpai oleh seseorang pegawai polis di mana-mana Negeri di bawah seksyen ini boleh ditahan oleh pihak polis selama sesuatu tempoh tidak lebih daripada satu bulan, jika Ketua Pegawai Polis mengarahkan sedemikian atas sebab-sebab keselamatan awam yang hendaklah dioatatkan dengan sewajarnya oleh Ketua Pegawai Polis itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa bahan letupan boleh ditahan di bawah seksyen ini berlawanan dengan perintah Menteri.
(4)
Apa-apa kuasa yang seseorang pegawai kanan polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis diberi kuasa oleh seksyen ini untuk membenarkan supaya dijalankan oleh seseorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada kopral boleh dijalankan sendiri oleh seseorang pegawai kanan polis atau oleh seseorang Pegawai Penjaga Daerah Polis.