Seksyen 15
Seksyen 15
Mana-mana orang yang didapati melakukan sesuatu perbuatan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang akan menyebabkan atau boleh menyebabkan letupan atau kebakaran di dalam atau di sekitar sesuatu tempat di mana bahan letupan di kilang atau di stor, atau di dalam atau di sekitar mana-mana keretapi; pelabuhan atau lapangan terbang, atau mana-mana kereta, vesel atau pesawat udara, boleh ditangkap tanpa waran oleh—
(a)
seseorang pegawai polis;
(b)
penghuni tempat itu, atau ejen atau pengkhidmat, atau orang lain yang diberi kuasa oleh, penghuni itu; atau
(c)
seseorang ejen atau pengkhidmat, atau orang lain yang diberi kuasa oleh—
(i)
Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu atau Keretapi Sabah;
(ii)
Pengarah Penerbangan Awam; atau
(iii)
Pengarah Jabatan Laut, dan boleh ditahan dalam jagaan.
(2)
Jika mana-mana orang ditangkap oleh seseorang yang bukannya pegawai polis, orang itu hendaklah dengan serta-merta dibawa ke balai polis yang terdekat atau diserahkan kepada seorang pegawai polis.
(3)
Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran dan menahan dalam jagaan mana-mana orang yang dijumpai membawa atau memindahkan sesuatu bahan letupan dengan apa-apa cara atau dalam mana-mana keadaan yang boleh memberikan alasan-alasan munasabah untuk mensyaki bahawa bahan letupan itu mungkin akan digunakan bagi sesuatu maksud merbahaya kepada keamanan awam yang menyalahi undang-undang.
(4)
Tiap-tiap orang yang ditangkap menurut sesuatu kuasa yang diberi oleh seksyen ini hendaklah, bersesama dengan apa-apa bahan letupan atau mana-mana benda lain yang dengannya sesuatu kesalahan telah dilakukan atau telah dicuba hendak dilakukan, dibawa ke balai polis dan dihadapkan dengan seberapa segera yang boleh ke hadapan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret supaya dibicarakan menurut undang-undang.