Factories and Machinery Act 1967 · Updated to 1 Aug 2016 · Bahagian V · Notis Menduduki Kilang, dan Pendaftaran dan Penggunaan Jentera
38. Daftar
Feedback & supportHendaklah disimpan di tiap-tiap kilang suatu daftar mengikut bentuk yang ditetapkan yang dikenali sebagai daftar am dan hendaklah dicatatkan ke dalam atau dilampirkan kepada daftar itu semua butir yang ditetapkan.
Penghuni tiap-tiap kilang hendaklah menghantar kepada
Pemeriksa atau orang berlesen cabutan daripada daftar am yang dikehendaki oleh Pemeriksa atau orang berlesen itu dari semasa ke semasa bagi maksud melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.
Daftar am dan tiap-tiap daftar lain atau rekod atau perakuan yang disimpan menurut Akta ini hendaklah dipelihara dan hendaklah tersedia ada bagi pemeriksaan oleh mana-mana Pemeriksa untuk sekurang-kurangnya dua tahun atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan bagi apa-apa kelas atau perihalan daftar atau rekod, selepas tarikh catatan terakhir dalam daftar atau rekod.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
Orang berlesen hendaklah hanya mempunyai akses kepada maklumat dalam daftar am dan apa-apa daftar lain atau rekod atau perakuan yang disimpan menurut Akta ini yang berkaitan dengan jentera yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan.