Seksyen 39
Perpindahan atau pengubahan atau penambahan kepada jentera hendaklah diluluskan
of Akta Kilang dan Jentera 1967
(1)
Tiada seorang pun boleh memindahkan, mengubah atau menambahkan kepada atau menyebabkan supaya dipindahkan, diubah atau ditambahkan kepada, mana-mana jentera yang dipasang untuk digunakan jika keberkesanan apa-apa pagar atau mana-mana alat keselamatan terjejas oleh perpindahan, pengubahan atau penambahan itu, melainkan jika dia telah menerima kelulusan secara bertulis mengenainya daripada Pemeriksa. Bagi maksud kelulusan itu, hendaklah dikemukakan kepada Pemeriksa butir-butir mengenai perpindahan, pengubahan atau penambahan yang dicadangkan itu dan mengenai pengubahsuaian yang dicadangkan kepada pagar dan alat keselamatan bersama-sama dengan nama dan alamat orang yang akan menjalankan perpindahan, pengubahan atau penambahan tersebut dan suatu lakaran yang menunjukkan butiran pengubahsuaian itu.
(2)
Penghuni kilang itu hendaklah memberitahu Pemeriksa secara bertulis sebaik sahaja perpindahan, pengubahan atau penambahan yang disebut dalam subseksyen (1) telah diselesaikan.
(3)
Jika jentera itu tidak mematuhi kehendak Akta ini, Pemeriksa hendaklah melalui notis secara bertulis menyampaikan kepada penghuni atau jika ini tidak dapat dilaksanakan, menampalkan notis itu pada premis tempat jentera yang dimaksudkan dalam notis berkaitan dipasang, menghendaki apa-apa kerosakan sebagaimana yang dinyatakan olehnya dibaiki atau dihapuskan dalam tempoh yang dinyatakan olehnya dalam notis itu dan jentera itu tidak boleh dikendalikan selepas habis tempoh itu melainkan jika kerosakan itu telah dibaiki atau dihapuskan hingga memuaskan hati Pemeriksa yang hendaklah selepas itu, apabila dibayar fi yang ditetapkan,
Kilang dan Jentera 53
membenarkan penggunaannya dan jika berkenaan mengendors perakuan kelayakan itu:
Dengan syarat bahawa jika Pemeriksa berpendapat bahawa kerosakan itu mungkin menyebabkan bahaya serta-merta kepada nyawa atau harta, dia hendaklah melalui notis yang disampaikan atau ditampalkan seperti yang disebut terdahulu melarang pengendalian jentera itu sehingga kerosakan itu dibaiki atau dihapuskan, dan dalam hal itu jentera itu tidak boleh dikendalikan selagi larangan itu tidak dibatalkan:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Pemeriksa boleh dalam hal sedemikian menyebabkan jentera itu tidak boleh dikendalikan melalui apa-apa cara yang disifatkannya paling sesuai bagi maksud itu.