Factories and Machinery Act 1967 · Updated to 1 Aug 2016 · Bahagian V · Notis Menduduki Kilang, dan Pendaftaran dan Penggunaan Jentera
35. Pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan
Feedback & supportTiap-tiap orang yang menjalankan apa-apa pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan hendaklah tidak lewat dari
Kilang dan Jentera 49
tujuh hari dari bermulanya pengendalian itu menyampaikan kepada
Pemeriksa notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan.
Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—
pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan yang penjalanannya tidak melibatkan penggunaan jentera dan orang yang menjalankannya mempunyai alasan untuk mempercayai kerja itu boleh disiapkan dalam tempoh kurang dari enam minggu; dan
seseorang yang menjalankan apa-apa pengendalian dalam suatu tempat yang pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan sedang dijalankan yang berkenaan dengan notis telah diberikan di bawah subseksyen (1).