Skip to content

Seksyen 41

Soalan untuk diputuskan oleh Pemeriksa dan rayuan daripada keputusan itu

of Akta Kilang dan Jentera 1967

ActIn forceProvision 49 of 70
Seksyen 41
(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan mana-mana perintah yang dibuat oleh Pemeriksa atau apa-apa keputusan yang dibuat oleh orang berlesen di bawah Akta ini boleh dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh perintah itu atau keputusan merayu kepada seseorang

Pemeriksa

Kanan yang boleh selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang itu melalui perintah secara bertulis mengesahkan, membatalkan atau mengubah perintah itu atau keputusan.

(2)

Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa perintah yang dibuat oleh Pemeriksa Kanan di bawah subseksyen (1) atau selainnya di bawah Akta ini boleh dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh perintah merayu kepada Ketua Pemeriksa yang hendaklah

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

merujuknya kepada suatu Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen ini.

(3)

Lembaga

Rayuan boleh selepas mendengar apa-apa keterangan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat mengesahkan, membatalkankan atau mengubah perintah yang dibuat oleh

Pemeriksa Kanan.

(4)

(a)

Menteri hendaklah melantik suatu Lembaga Rayuan bagi maksud menimbangkan apa-apa rayuan yang dibuat di bawah seksyen ini.

(b)

Suatu Lembaga Rayuan hendaklah terdiri daripada Ketua

Pemeriksa atau Timbalan Ketua Pemeriksa sebagai Pengerusi dan dua orang anggota yang dinamakan oleh Menteri, yang pada pendapatnya, mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam perkara yang berhubung dengan hal perkara rayuan itu.

(c)

Semua soalan yang menghendaki keputusan oleh Lembaga

Rayuan hendaklah diputuskan mengikut suara terbanyak Lembaga itu.

(d)

Suatu salinan keputusan Lembaga Rayuan, mengenai suatu rayuan yang dirujuk kepadanya, yang diperakukan oleh Pengerusi, hendaklah disampaikan tanpa kelengahan kepada orang yang membuat rayuan itu.

(da) Keputusan Lembaga Rayuan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(e)

Tiap-tiap anggota Lembaga Rayuan boleh dibayar elaun pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(5)

Pemeriksa Kanan dalam hal suatu rayuan di bawah subseksyen (1) atau Ketua Pemeriksa dalam hal suatu rayuan di bawah subseksyen (2) boleh mengarahkan supaya perintah yang terhadapnya rayuan dibuat digantung sementara menunggu keputusan rayuan itu.

Kilang dan Jentera 57

Laporan tentang pertukaran, dsb.