Seksyen 37
Permohonan untuk pendaftaran
of Akta Kilang dan Jentera 1967
ActIn forceProvision 45 of 70
Seksyen 37
(1)
Tiap-tiap orang yang mendapat milikan mana-mana jentera yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan, hendaklah menghantar kepada Pemeriksa dan orang berlesen apa-apa butir mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen
(1)
melakukan suatu kesalahan dan, jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.