Skip to content

Seksyen 44

Notis penjualan, penyewaan atau pindah hak milik

of Akta Kilang dan Jentera 1967

ActIn forceProvision 52 of 70
Seksyen 44

(1)

Mana-mana pemunya yang hendak menjual, menyewakan atau memindah hak milik apa-apa jentera secara tetap atau sementara kepada mana-mana orang yang baginya suatu perakuan kelayakan telah dikeluarkan hendaklah, dalam tempoh sepuluh hari selepas penjualan, penyewaan atau pemindahan hak milik itu, memberi notis secara bertulis mengenainya kepada seseorang Pemeriksa dan orang berlesen.

(2)

Mana-mana orang yang merupakan seorang yang membeli untuk dijual semula jentera terpakai yang baginya suatu perakuan kelayakan ditetapkan, hendaklah, dalam tempoh sepuluh hari selepas penjualan semula mana-mana jentera sedemikian, memberikan notis secara bertulis mengenainya kepada seseorang Pemeriksa dan orang berlesen mengikut cara yang ditetapkan.