Seksyen 12
Kuasa dan kewajipan Datuk Bandar
of Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
Datuk Bandar hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang diberikan kepada atau yang dipertanggungkan ke atas Anggota Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Yang Dipertua dan mana-mana Anggota Majlis atau pegawainya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2)
Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen 16(2), di mana-mana jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, surat ikatan, dokumen atau surat cara lain, yang kuat kuasanya belum lagi luput atau dibatalkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, terdapat nama Anggota
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, undang-undang, surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, dibaca dan ditafsirkan seolah-olah nama itu telah digantikan dengan nama perbadanan Datuk Bandar.