Skip to content

Seksyen 14

Laporan tahunan

of Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

ActIn forceProvision 14 of 21
Seksyen 14
(1)

Datuk Bandar hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan secara am aktiviti Datuk Bandar sepanjang tahun yang sebelumnya, dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan dasar

Datuk Bandar dan hal ehwal Bandaraya sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap laporan tersebut dibentangkan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Pegawai undang-undang, dll., yang diberi kuasa untuk hadir bagi pihak Datuk Bandar