Federal Capital Act 1960 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Datuk Bandar dan Lembaga Penasihat
7. Keanggotaan Lembaga Penasihat
Feedback & supportLembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada orang yang hendaklah dilantik sebagai anggotanya oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
*Dengan syarat bahawa hendaklah dimasukkan di kalangan anggota
Lembaga Penasihat yang dilantik sedemikian, dua orang yang dinamakan oleh Raja dalam Mesyuarat Negeri Selangor.
Yang di-Pertuan Agong boleh, tertakluk kepada Akta ini, melalui peraturan-peraturan mengadakan peruntukan bagi bilangan, jenis, pelantikan, tempoh jawatan, kelayakan, hilang kelayakan, kekananan dan syarat persaraan anggota Lembaga Penasihat, dan bagi mesyuarat dan tatacara Lembaga Penasihat.
*CATATAN—Ditambah berbangkit daripada proviso kedua kepada seksyen 8 Akta Perlembagaan (Pindaan)
(No. 2) 1973 [Akta A206].
Ibu Kota Persekutuan 9