Seksyen 6
Lembaga Penasihat
of Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
Suatu badan, yang hendaklah dikenali sebagai “Lembaga
Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur” atau, dalam bahasa Inggeris,
“Advisory Board of the City of Kuala Lumpur”, hendaklah ditubuhkan bagi maksud Akta ini untuk menasihati Datuk Bandar tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Bandaraya sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah, dan tentang apa-apa soalan yang dirujuk kepada Lembaga
Penasihat oleh Menteri atau Datuk Bandar.
(2)
Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, mesyuarat dan tatacara Lembaga Penasihat hendaklah ditentukan oleh Lembaga Penasihat.
(3)
Semua anggota Lembaga Penasihat hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574].