Skip to content

Seksyen 5

Datuk Bandar hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan

of Akta Ibu Kota Persekutuan 1960

ActIn forceProvision 5 of 21
Seksyen 5
(1)

Datuk Bandar hendaklah bagi segala maksud menjadi suatu perbadanan tunggal dengan nama “Datuk Bandar Kuala Lumpur”

atau, dalam bahasa Inggeris, “Commissioner of the City of Kuala

Lumpur”.

(2)

Datuk Bandar hendaklah mempunyai suatu meterai rasmi yang hendaklah disahkan dengan tandatangan orang yang pada masa ini memegang jawatan Datuk Bandar, atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Datuk Bandar bagi maksud itu.

(3)

Meterai Datuk Bandar hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman, dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dikeluarkan atau dibuat oleh Datuk Bandar dan dimeteraikan dengan meterai Datuk Bandar, disahkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2), hendaklah dalam mana-mana litigasi atau prosiding disifatkan telah dibuat atau dikeluarkan sedemikian tanpa bukti selanjutnya, melainkan jika ditunjukkan sebaliknya.

Undang-Undang Malaysia 8

(4)

Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Datuk Bandar yang memperakui bahawa mana-mana surat cara yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan olehnya telah dibuat atau dikeluarkan sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang fakta yang diperakui sedemikian.