Seksyen 8
Penasihat
of Akta Ibu Kota Persekutuan 1960
ActIn forceProvision 8 of 21
Seksyen 8
(1)
Datuk Bandar hendaklah, setakat yang dapat dilaksanakan, menghadiri dan mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga
Penasihat, dan semasa dia tidak hadir, mana-mana anggota Lembaga
Penasihat yang dilantik oleh Menteri bagi maksud itu secara bertulis, atau jika mana-mana anggota itu tidak ada, anggota kanan Lembaga
Penasihat yang sebenarnya hadir, hendaklah mempengerusikannya.
(2)
Datuk Bandar atau orang lain yang mempengerusikan mana-mana mesyuarat Lembaga Penasihat hendaklah membuang undinya bilamana perlu untuk mengelakkan bilangan undi yang sama banyak, tetapi tidak boleh mengundi dalam apa-apa hal lain.