Seksyen 21
Amalan oleh pengamal
Seseorang yang bukan ahli geologi berdaftar dan yang tidak memegang apa-apa kelayakan akademik yang diluluskan oleh
Lembaga bagi maksud Akta ini tetapi telah menjalankan amalan atau menjalankan urusan dalam mana-mana bidang geologi yang dinyatakan dalam Jadual Kedua sebelum tarikh yang ditetapkan boleh terus menjalankan amalan dan menjalankan urusan sedemikian dengan syarat dia didaftarkan sebagai seorang pengamal berdaftar di bawah Akta ini dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan.
(2)
Hanya warganegara atau pemastautin tetap Malaysia layak untuk didaftarkan sebagai pengamal berdaftar.
(3)
Seseorang yang mahu supaya didaftarkan sebagai pengamal berdaftar boleh memohon kepada Lembaga dan permohonan itu hendaklah disokong dengan bukti dokumentar bahawa dia memiliki kepakaran dan pengalaman yang diperlukan untuk mengamal bidang geologi yang berkenaan.
(4)
Lembaga boleh, semasa meluluskan pendaftaran di bawah seksyen ini, mengenakan apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut.
(5)
Pengerusi hendaklah memberitahu pemohon tentang keputusan Lembaga dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permohonan diterima.
(6)
Jika mana-mana orang sedemikian tidak didaftarkan di bawah Akta ini selepas tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah disifatkan sebagai seorang ahli geologi profesional tidak berdaftar dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi orang itu seolah-olah orang itu merupakan ahli geologi profesional tidak berdaftar.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 689