Seksyen 26
Kekecualian berkenaan dengan ahli geologi asing berdaftar
ActIn forceProvision 26 of 52
Seksyen 26
(1)
Walau apa pun subseksyen 23(1), seseorang ahli geologi asing berdaftar yang dibenarkan secara bertulis oleh Pengerusi boleh melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang ahli geologi asing itu dilarang melakukannya atau tidak berhak untuk melakukannya.
(2)
Seseorang ahli geologi asing berdaftar yang melakukan apa-apa perbuatan atau benda di bawah dan mengikut kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini yang bertentangan, disifatkan sebagai dibenarkan atau berhak untuk melakukan perbuatan atau benda itu.
Ahli Geologi 27