Seksyen 31
Pendaftar hendaklah menyiarkan Daftar dan butir-butir
ActIn forceProvision 31 of 52
Seksyen 31
(1)
Pendaftar hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan menyiarkan, dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris yang mempunyai edaran seluruh negara, nama, nombor pendaftaran, alamat perniagaan dan butir-butir lain mengenai mana-mana ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar yang pendaftarannya telah digantung, dibatalkan, dipotong atau dimasukkan semula.
(2)
Pendaftar boleh menyiarkan secara tahunan dan menawarkan untuk jualan salinan Daftar.
Ahli Geologi 29