Seksyen 32
Pemberitahuan mengenai pertukaran alamat
ActIn forceProvision 32 of 52
Seksyen 32
(1)
Tiap-tiap ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar hendaklah memberitahu Pendaftar mengenai apa-apa pertukaran alamat perniagaannya dalam masa enam puluh hari dari tarikh pertukaran itu.
(2)
Seseorang ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar yang tanpa alasan yang munasabah tidak memberikan pemberitahuan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.