Seksyen 30
Perakuan pendaftaran
ActIn forceProvision 30 of 52
Seksyen 30
(1)
Apabila menerima fi yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada pemohon yang permohonannya telah diluluskan oleh Lembaga suatu perakuan pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan.
(2)
Tiap-tiap perakuan pendaftaran hendaklah tamat tempohnya pada 31 Disember tahun perakuan pendaftaran itu dikeluarkan dan hendaklah selepas itu boleh dibaharui secara tahunan setelah dibayar fi yang ditetapkan.
(3)
Dalam apa-apa prosiding, sesuatu perakuan pendaftaran hendaklah menjadi bukti muktamad bahawa orang yang dinamakan dalamnya didaftarkan di bawah Akta ini.