Seksyen 27
Pengemukaan laporan atau kajian geologi
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain ahli geologi profesional berdaftar, ahli geologi asing berdaftar atau pengamal berdaftar yang bermastautin dan mengamal di Malaysia berhak menyediakan dan mengemukakan kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia laporan atau kajian geologi berhubung dengan perkhidmatan geologi dalam apa-apa bidang geologi yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2)
Hak seseorang ahli geologi profesional berdaftar, ahli geologi asing berdaftar atau pengamal berdaftar untuk menyediakan dan mengemukakan laporan atau kajian geologi kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh
Lembaga di bawah Akta ini.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana ahli geologi dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun daripada mengemukakan laporan atau kajian geologi kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia.
(5)
Menteri boleh meminda peruntukan dalam Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(6)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai bererti bahawa perkhidmatan geologi adalah perlu bagi amalan kejuruteraan bagi apa-apa maksud melainkan jika diminta secara khusus oleh seseorang jurutera profesional.