Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XVI
165. Section 165
Feedback & supportTiap-tiap orang yang mempunyai maklumat tentang apa-apa perkara yang menjadi kewajipan seorang pegawai cukai barang dan perkhidmatan untuk menyiasat hendaklah, apabila dikehendaki olehnya untuk berbuat demikian, memberikan maklumat itu.
Cukai Barang dan Perkhidmatan 151
Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seorang pegawai cukai barang dan perkhidmatan untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang berada dalam kuasa orang itu untuk mengemukakan, dan yang merupakan barang, dokumen, artikel atau benda yang dikehendaki di bawah Akta ini atau barang, dokumen, artikel atau benda yang digunakan dalam apa-apa transaksi atau perkara lain yang berhubungan dengan cukai atau barang, dokumen, artikel atau benda yang menjadi kewajipan pegawai cukai barang dan perkhidmatan untuk menyiasat di bawah Akta ini, hendaklah mengemukakan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
Jika apa-apa maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda bukan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris,
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan boleh melalui notis secara bertulis menghendaki pembekal atau, atas keingkaran pembekal, mana-mana orang lain, untuk mengemukakan, dalam tempoh yang munasabah, suatu terjemahan mengenainya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah atau pegawai itu.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Penggunaan perkhidmatan elektronik