Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XVI
167. Section 167
Feedback & supportTiap-tiap notis, arahan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan kepada mana-mana orang boleh disampaikan—
secara kediri kepada orang itu;
dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau
melalui perkhidmatan elektronik.
Notis, arahan atau dokumen lain itu yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa yang ia akan dihantarserahkan kepada orang itu dalam perjalanan biasa pos jika notis, arahan atau dokumen lain itu dialamatkan—
dalam hal suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain—
ke pejabat berdaftarnya;
ke alamat terakhirnya yang diketahui; atau
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan
dalam hal seseorang individu, ke alamat terakhirnya yang diketahui.
Cukai Barang dan Perkhidmatan 153
Jika seseorang telah memberi persetujuannya bagi suatu notis disampaikan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa apabila notis elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik.
Pengesahan notis, dsb.