Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XVI

170. Section 170

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh dibenarkan untuk bertindak di Malaysia bagi pihak mana-mana orang bagi apa-apa perkara di bawah Akta ini melainkan jika dia seorang ejen cukai dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak menghalang mana-mana orang lain untuk mewakili mana-mana pihak kepada suatu rayuan di bawah seksyen 141.

Undang-Undang Malaysia 154

(2)

Seseorang individu yang mempunyai tempat tinggal biasanya di Malaysia boleh memohon kepada Menteri bagi kelulusan sebagai seorang ejen cukai mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

(3)

Menteri boleh meluluskan suatu permohonan di bawah subseksyen (2), dan jika permohonan itu diluluskan, kelulusan itu hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, sah bagi—

(a)

suatu tempoh minimum dua puluh empat bulan; atau

(b)

apa-apa tempoh lain yang kurang daripada dua puluh empat bulan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, bermula dari tarikh kelulusan itu.

(4)

Seseorang ejen cukai boleh memohon bagi pembaharuan suatu kelulusan kepada Menteri sebelum habis tempoh kelulusan yang dinyatakan di bawah subseksyen (3) dan jika permohonan bagi pembaharuan itu diluluskan, pembaharuan itu adalah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, sah bagi tempoh sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Menteri.

(5)

Suatu fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta hendaklah dibayar atas permohonan bagi suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) atau pembaharuan suatu kelulusan di bawah subseksyen (4).

(6)

Seseorang ejen cukai yang menjalankan perniagaan bagi pihak mana-mana orang bagi apa-apa perkara di bawah Akta ini hendaklah—

(a)

mengemukakan suatu surat pemberian kuasa daripada orang yang diwakilinya; dan

(b)

jika apa-apa borang yang ditetapkan dikehendaki supaya dikemukakan bagi maksud perkara yang ditransaksikan, mengemukakan borang yang telah ditandatangani oleh orang yang diwakilinya, kecuali jika dibenarkan selainnya oleh Ketua Pengarah.

(7)

Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana orang yang diberi kebenaran untuk bertindak sebagai seorang ejen di bawah seksyen 90 Akta Kastam 1967 hendaklah dibenarkan untuk

Cukai Barang dan Perkhidmatan 155

bertindak di Malaysia bagi pihak mana-mana orang bagi apa-apa perkara di bawah Akta ini berhubung dengan pengimportan atau pengeksportan barang, termasuk pemindahan.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, “ejen cukai” ertinya mana-mana akauntan profesional atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh Menteri untuk bertindak di Malaysia bagi pihak mana-mana orang bagi apa-apa perkara di bawah Akta ini.

(9)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (6)

melakukan suatu kesalahan.

Ganjaran

Report

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules