Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XVI

166. Section 166

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh menyediakan suatu perkhidmatan elektronik kepada mana-mana pengguna berdaftar untuk—

(a)

pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain; dan

(b)

penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain.

(2)

Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar kepada

Ketua Pengarah, Ketua Pengarah tidaklah bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam apa jua sifat atau bagaimana sekali pun kelihatan berbangkit dalam apa-apa notis elektronik yang diperoleh oleh pengguna

Undang-Undang Malaysia 152

berdaftar itu di bawah perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa pelaksanaan kewajipan sebagai Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul sebagai akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan atau dalam peralatan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan itu.

(3)

Apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar hendaklah dianggap sebagai telah difailkan, dikemukakan atau disampaikan pada masa notis elektronik itu diterima oleh Ketua Pengarah.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pengguna berdaftar” ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan elektronik itu.

Penyampaian notis

Report

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules