Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XVI
168. Section 168
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap notis atau apa-apa dokumen lain yang disampaikan bagi maksud Akta ini oleh
Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya adalah disahkan dengan secukupnya jika nama dan jawatan Ketua
Pengarah dicetak, dicap atau selainnya ditulis ke atasnya.
Jika Akta ini memperuntukkan bagi suatu notis atau apa-apa dokumen lain atas nama mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan, notis atau dokumen lain itu hendaklah ditandatangani dalam manuskrip oleh pegawai cukai barang dan perkhidmatan itu.
Suatu notis atau dokumen lain yang disampaikan bagi maksud
Akta ini dan berupa sebagai ditandatangani dalam manuskrip oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah ditandatangani sedemikian.
Bayaran pos percuma