Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XVI
177. Section 177
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
untuk menetapkan apa-apa yang dikehendaki di bawah
Akta ini supaya ditetapkan;
untuk mengubah kaedah-kaedah bagi menentukan di mana suatu pembekalan perkhidmatan dibuat bagi maksud tempat pembekalan di bawah seksyen 12;
untuk menetapkan pejabat bagi pentadbiran cukai barang dan perkhidmatan dan bagi hari dan masa apabila pejabat boleh dibuka untuk urusan;
untuk menentukan masa pembekalan dalam hal apabila subseksyen 11(9) dan 11(10) terpakai;
untuk menetapkan perkara-perkara yang berhubungan dengan pendaftaran atau orang berdaftar;
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan asas pengakaunan di bawah seksyen 37;
untuk menetapkan perkara yang berikut berhubung dengan kredit cukai input terhadap cukai output di bawah seksyen 38:
cara dan hal keadaan yang—
seseorang orang kena cukai boleh mengira cukai ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan kepadanya, atau cukai yang dibayar atau yang akan dibayar olehnya ke atas pengimportan barang sebagai cukai inputnya;
Undang-Undang Malaysia 158
seseorang boleh mengira cukai ke atas pembekalan barang kepadanya, atau cukai yang dibayar atau yang akan dibayar olehnya ke atas pengimportan barang sebagai cukai inputnya dalam hal orang itu bukan seorang orang kena cukai pada masa apabila pembekalan atau pengimportan itu dibuat; dan
mana-mana orang yang telah, tetapi tidak lagi seorang orang kena cukai, boleh dibayar oleh Ketua Pengarah apa-apa amaun apa-apa cukai ke atas pembekalan perkhidmatan yang dibuat kepadanya semasa dia seorang orang kena cukai;
had masa bagi seorang orang kena cukai untuk menuntut keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai input sebagai cukai input boleh dibenarkan;
untuk menetapkan perkara berhubung dengan amaun cukai input yang boleh dibenarkan dan untuk memperuntukkan bagi mendapatkan suatu cukai input berhubung kait yang munasabah untuk pembekalan di bawah seksyen 39
termasuk—
menentukan suatu perkadaran dengan merujuk kepada cukai input bagi mana-mana tempoh bercukai yang akan dihubungkaitkan secara sementara kepada pembekalan itu;
melaraskan, mengikut suatu perkadaran yang ditentukan mengikut cara seumpamanya bagi suatu tempoh yang mengandungi dua atau lebih tempoh bercukai atau sebahagian daripadanya, hubung kait sementara bagi mana-mana tempoh itu;
pembuatan pelarasan sekiranya anggaran ke atas asas yang suatu hubung kait telah dibuat adalah tidak tepat;
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan pelepasan hutang lapuk di bawah seksyen 58;
Cukai Barang dan Perkhidmatan 159
untuk menetapkan peruntukan yang berbeza bagi pengenaan dan pengakaunan cukai untuk usaha sama dan bagi apa-apa aktiviti yang lain yang disifatkan sebagai suatu usaha sama di bawah seksyen 69;
untuk menetapkan pengendalian Skim Pedagang Diluluskan di bawah seksyen 71;
untuk menetapkan pengendalian Skim Pengilang Tol
Diluluskan di bawah seksyen 72;
untuk menetapkan pengendalian Skim Tukang Emas
Diluluskan di bawah seksyen 73;
untuk menetapkan pengendalian Skim Kadar Rata di bawah seksyen 74;
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan pasaran modal di bawah seksyen 75;
untuk menetapkan perkara berikut berhubung dengan apa-apa ketetapan yang dibuat di bawah seksyen 76 atau 77:
skop dan prosedur yang terpakai yang berhubungan dengan apa-apa ketetapan; dan
skala kos dan fi yang kena dibayar berkenaan dengan permohonan ketetapan awal;
untuk menetapkan cara pengemukaan penyata dan perisytiharan dan perkara lain yang berhubungan dengan penyata dan perisytiharan;
untuk menetapkan cara pembayaran cukai;
untuk menetapkan perkara yang berikut berhubung dengan Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan di bawah Bahagian XIII:
cara yang apa-apa perkara boleh dirujukkan kepada
Tribunal;
cara yang Tribunal diadakan dan tempat di mana
Tribunal menjalankan sidangnya;
skala kos dan fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa siasatan atau prosiding di hadapan
Tribunal;
Undang-Undang Malaysia 160
tanggungjawab anggota Tribunal;
borang untuk digunakan dalam prosiding;
fi dan cara bagi pemungutan dan pembayaran fi;
kos dan perbelanjaan yang berhubungan dengan apa-apa perkara di hadapan Tribunal;
secara amnya penjalanan yang lebih baik fungsi yang diberikan kepada Tribunal melalui Akta ini;
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan kelulusan ejen cukai di bawah seksyen 170;
untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun;
untuk menetapkan perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan elektronik.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2)
boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peraturan-peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti bagi suatu denda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.