Seksyen 34
Pengeluaran invois cukai oleh komputer
of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
ActRepealedProvision 34 of 65
Seksyen 34
Bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah Akta ini berhubung dengan suatu invois cukai, seorang orang berdaftar hendaklah dikira sebagai mengeluarkan suatu invois cukai kepada orang yang lain walaupun tiada penyerahan apa-apa dokumen yang setara dengannya dalam bentuk kertas kepada orang itu jika butir-butir yang dikehendaki direkodkan dalam komputer dan—
(a)
dihantar atau dijadikan tersedia kepada orang itu secara elektronik; atau
(b)
dikeluarkan atas apa-apa bahan selain kertas dan diserahkan kepada orang itu.