Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian V

47. Section 47

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan seksyen 43, apa-apa barang kepunyaan orang yang disebut dalam seksyen 43 yang boleh berada dalam kawalan eksais atau kawalan kastam atau di tempat perniagaannya boleh disita sehingga cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain, atau kekurangan cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain, telah dibayar, atau pembayaran balik yang terkhilaf dibayar kepadanya itu dibayar semula.

(2)

Walau apa pun seksyen 51, Ketua Pengarah boleh menyita atau menjual apa-apa barang kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain bagi mendapatkan amaun yang genap masa dan kena dibayar di bawah seksyen 43 dan terakru di bawah seksyen 51 atau apa-apa baki tertunggak pada amaun itu.

(3)

Jika cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain atau kekurangan itu, atau pembayaran balik yang kena dibayar semula masih belum dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ketua Pengarah boleh—

(a)

selepas memberikan notis secara bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari kepada pemunya atau ejennya jika nama dan alamat pemunya atau ejen itu diketahui olehnya; atau

(b)

selepas notis sewajarnya dalam Warta jika nama dan alamat pemunya atau ejen itu tidak diketahui olehnya, menjual barang itu.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 69 6/19/14 5:54:34 PM

Undang-Undang Malaysia 70

(4)

Hasil penjualan mana-mana barang hendaklah digunakan bagi pembayaran cukai, penalti, surcaj, fi dan wang lain atau kekurangan cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain yang kena dibayar atau pembayaran balik yang dibayar secara terkhilaf atau caj-caj lain yang boleh kena dibayar berkenaan dengan penjualan apa-apa barang itu dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya barang itu dan jika pemunya itu tidak dapat dikesan dalam masa satu bulan dari penjualan itu, apa-apa lebihan itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.

(5)

Jika semasa penjualan mana-mana barang itu tiada tawaran yang mencukupi didapatkan untuk membayar cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain yang kena dibayar atau kekurangan cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain yang kena dibayar atau pembayaran balik yang dibayar secara terkhilaf, mengikut mana-mana yang berkenaan, barang itu hendaklah dilucuthakkan kepada

Kerajaan dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(6)

Tiap-tiap penjualan lelong di bawah seksyen ini—

(a)

hendaklah dikendalikan oleh atau di hadapan seorang pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan; dan

(b)

boleh dikendalikan secara elektronik mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Report

Bahagian VI

Kumpulan Wang bagi Pembayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian VII

Bahagian VII.

Bahagian VII

Pelepasan, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VIII

Kes khas

Bahagian IX

Ketetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XII

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XIII

Kajian Semula dan Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules