Seksyen 51
Pembayaran secara ansuran
of Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
(2)
Jika berlaku keingkaran dalam pembayaran mana-mana satu ansuran pada tarikh genap masanya bagi pembayaran baki amaun yang genap masa dan kena dibayar atau kena dibayar, keseluruhan amaun yang tertunggak itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar atau kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang genap masa itu, menjadi tertakluk kepada suatu surcaj yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada baki itu dan surcaj itu hendaklah boleh didapatkan seolah-olah surcaj itu adalah genap masa dan kena dibayar atau kena dibayar di bawah Akta ini.